Seks - Masalah Kesuburan di Kalangan Lelaki

MASALAH kesuburan di kalangan lelaki amat merunsingkan kerana tiada satu rawatan yang boleh dikatakan sesuai atau mujarab untuk mengatasinya. Ia berbeza dengan wanita, ada banyak ubat yang boleh merangsangkan pengeluaran telur.

Kajian yang pernah dilakukan beberapa pakar andrologis (pakar sakit tuan) di Eropah dan Jepun mendapati proses pembiakan sperma amat sensitif kepada faktor alam sekitar seperti udara dan air.

Sekiranya berlaku pencemaran udara seperti jerebu (yang mengandungi tahap dioxida yang tinggi), kemungkinan tahap hormon kewanitaan meningkat dalam tubuh lelaki dan kebarangkalian proses pembiakan sperma terencat boleh berlaku.

Ada juga antibiotik dan ubat didapati boleh mengganggu pembiakan sel sperma dan doktor yang merawat pesakit lelaki perlu berwaspada memberi ubat supaya ianya tiada kesan sampingan kepada kesuburan lelaki.

Masalah kesuburan lelaki perlu dikendalikan pakar yang mahir mengenainya. Pemeriksaan kesuburan lelaki seperti pemeriksaan buah zakar untuk mengenal isipadunya, memeriksa sama ada ada salur ven bengkak atau pembuluh darah yang menandakan varikosel atau apa-apa ketumbuhan yang lain yang mungkin mengaitkan masalah sperma itu.

Ujian hormon FSH, testosterone dan prolactin disukat untuk mengenalpasti tahapnya yang boleh menggambarkan masalah sebenar.

Jika tahap hormon FSH kurang, maka ubat penyubur akan diberi sekurang-kurangnya untuk tiga bulan (kerana proses pembiakkan sperma memakan masa tiga bulan). Makanan tambahan seperti herba Tribestan dan ekstrak larut dalam air Tongkat Ali didapati dapat membantu merangsang sel kilang sperma untuk membiak dan jika mujarab untuk individu itu maka masalah spermanya dapat diatasi.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah kesuburan berjumpa pakar Andrologis untuk mengendalikan masalah kesuburannya.

No comments: