Kesihatan - RAHSIA ROTI CANAI

Assalamua'laikum.... Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.

Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.

Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.

Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.

Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.

No comments: