10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Rahsia tahi lalat

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai.
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati.
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka.
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah.
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita.
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan.
leher di tengah - tercapai cita-cita.
biji mata kanan - suka serong dan pembohong.
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati.
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas.
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki.
betis kanan - suka berhibur, boros.
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur.
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha.
lutut kiri - kurang kuat berusaha.
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita.
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan.
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun.
kening kanan - cerdas dan cekap.
kening kiri - cerdas, sopan santun.
tengah kening - keras hati, berani segala hal.
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah.
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya.
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia.
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta.
pergelangan kaki kanan - suka berpergian, berjalan-jalan (keluar rumah).
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat.
ikan hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya.
pada hidung - banyak rezeki.
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati.
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur.
tumit kanan - jujur dan banyak kawan.
tumit kiri - baik budi.
alis kanan suka - menolong, baik hati.
alis kiri - ramai yang suka.
pangkal peha kanan - kemahuan kuat.
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun.
telapak kaki kanan - tak mudah mengelu.
jari kaki kanan - suka menolong.
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik.
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan.
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab.
lengan kanan - setia dan taat pada atasan.
lengan kiri - menepati janji dan rajin.
pipi kanan - ramai teman.
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka.
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman.
ubun-ubun - kurang jujur.
pusat - cerdas, tangkas, tekun.
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup.
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan.
pinggang kanan - sayang pada pasangannya! angan hidup.
pinggang kiri - disayang pasangan hidup.
dada kanan - dapat mengatasi masalah.
dada kiri - berani, jujur dan sabar.
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh.
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya.
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan.
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong.
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan.
jari tangan kiri - serba baik bekerja.
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros.
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat.
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf.
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya.
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri.
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan.
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta..
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya.
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha.
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya.
kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka.
kelopak mata kanan bawah - agak malas.
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kureng bijaksana.

Punca tidak subur

MASALAH lelaki dan kesuburan bukan perkara asing. Malah, lelaki sering mengalami masalah kesuburan disebabkan pelbagai faktor, antaranya berat badan, amalan pakaian dalam, tahap kesihatan, pekerjaan, sejarah kesihatan, perubatan dan pembedahan.

Lelaki gemuk dan ada masalah obesiti mempunyai buah zakar dikelilingi lemak yang mengekalkan susu buah zakar pada tahap tinggi. Ini secara tidak langsung menekan kilang sperma dan menyumbangkan masalah kepada faktor kesuburan.

Pakaian dalam ketat dan menampung buah zakar pula boleh membuatkan suhu buah zakar menjadi tinggi iaitu melebihi suhu sepatutnya (tidak melebihi 33-34° Celsius).

Amalan meletakkan komputer riba di atas riba juga tidak sesuai untuk lelaki, manakala sauna tidak digalakkan kerana mampu mempengaruhi kesihatan fungsi buah zakar.

Lelaki yang mengalami masalah kesuburan perlu menjalani pemeriksaan fizikal oleh doktor berpengalaman. Doktor akan memberi tumpuan kepada anggota kelaminnya, terutama buah zakar untuk meneliti jika isi padu buah zakar normal (isi padu normal antara 12-25ml dan 10 ml yang terendah) dengan menggunakan alat pengukur buah zakar dikenali sebagai ‘Prader Okidometer’.

Doktor juga akan meneliti jika lelaki itu ada ketulan atau benjolan pada buah zakar atau pundi epididimis dan salur sperma yang mana jika ada, ini mungkin petanda kesan ke- radangan atau infeksi lama.

Doktor juga akan meneliti pembuluh darah vena sama ada ia mengembang atau berpintal. Keadaan ini dikenali sebagai varikosel dan ia boleh membuatkan suhu kilang sperma meningkat dan mengganggu proses pembiakan sperma dan kesihatan sperma, selain merosakkan kilang sperma akibat kemendapan bahan toksik, hasil daripada metabolisma sel kilang sperma.

Jika ujian air mani menunjukkan profil sperma teruk seperti bilangan sperma sedikit, bentuk sperma bermasalah dan gangguan pergerakan sperma atau didapati lelaki itu ada varikosel, cara menangani masalah berkenaan ialah membedah varokosel, di mana ia dapat membantu lebih 50 peratus masalah sperma.

Kadangkala varikosel kurang jelas (sukar dikesan dengan pemeriksaan) dapat dikesan menggunakan alat imbasan. Pemeriksaan lanjutan, termasuk menjalani ujian darah untuk menyukat tahap hormon kesuburan, juga boleh dilakukan. Jika hormon didapati rendah, ubat penyubur boleh diberi untuk jangka masa tertentu (sekurang- kurangnya 90 hari) dan ujian air mani serta ujian darah susulan dilakukan untuk mengesan sama ada rawatan itu berjaya.

Daripada penjelasan di atas, lelaki boleh melihat bahawa pemeriksaan kesuburan bukan sekadar membuat ujian air mani dan memberi vitamin. Sebenarnya ia lebih daripada itu.

Masalahnya, tidak ramai doktor berpengalaman mampu melakukan pemeriksaan terperinci dan memberi rawatan lebih komprehensif untuk membantu lelaki.

Jika si suami mengalami masalah ini, pasti pasangan berkahwin sukar mendapat cahaya mata. Namun, jika sperma lelaki atau suami dapat dipertingkatkan sedikit, kemungkinan kaedah IUI (penyemaian sperma dalam rahim ketika isteri subur) dapat dilakukan, yang mana kosnya tidak setinggi kaedah canggih IVF/ICSI (bayi tabung uji).

Bagaimanapun, tiada jaminan lelaki yang ada masalah kesuburan akan pulih dengan cara yang saya jelaskan. Sekurang-kurangnya, lelaki itu menjalani pemeriksaan lebih teliti daripada apa yang sudah dijalani.

Mana tahu, dengan izin Tuhan, lelaki atau suami yang didapati tiada sperma atau mempunyai sperma merosot dapat juga menghasilkan zuriat, insya-Allah.

Sumber : Harian Metro