Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Tips Mengurangkan Perut Buncit


Perut anda buncit?
Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:

Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.

Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

Kesihatan - Microwave Oven

Dr. Edward Fujimoto from Castle Hospital on the program. He is the manager of the Wellness Program the hospital.

He was talking about dioxins, and how bad they are for us. He said that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers. This applies to foods that contain fat. He said that the combination of

fat, high heat and plastics, releases dioxins into the food and ultimately into the cells of the body.

Dioxins are carcinogens (cancer causing agents), and highly toxic to the cells of our bodies. Instead, he recommends that we should be using glass, Corning Ware, or ceramic containers for heating food. You get the same results without the dioxins. So such things as TV dinners, instant saimin and soups, etc. should be removed from the container, and heated in something else. Paper isn't bad, but you don't know what is in the paper. It is just safer to use tempered glass, Corning Ware, etc.

He said we might remember when some of the fast food restaurants moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons. To add to this: Saran (plastic) wrap, placed over foods as they are nuked, with the high heat, actually drips poisonous toxins into the food. Instead, you should use a paper towel.

Kesihatan - TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Kesihatan - Resdung - Dapatkan rawatan segera

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.

8) Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

Penyakit Resdung

Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh -tumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.

Beberapa agen lain yang boleh menyebabkan alahan termasuk pelbagai jenis

1. bijirin,
2. bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia.
3. Asap rokok,
4. habuk kapur tulis,
5. debu tanah dan udara yang tercemar merupakan beberapa agen yang boleh menyebabkan seseorang mengalami alahan.

Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Tetapi tidak semua orang akan menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif (keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang) pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah atau asma. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama.

Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan.

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

1. hidung tersumbat dan berair,
2. gatal-gatal hidung dan bersin yang berulang.

Dalam keadaan alahan biasa, rembesan hidung yang pekat dan bernanah tidak mungkin berlaku kecuali terjadi jangkitan. Seseorang mungkin akan kehilangan deria bau dan rasa apabila hidung tersumbat berterusan.

Rawatan dan Pencegahan

Dalam kebanyakan kes alahan, langkah awal rawatan ialah dengan menjauhkan pesakit terhadap pendedahan berterusan kepada agen terbabit untuk menghalang tindak balas immunologi tubuh terhadap agen-agen tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sukar sekiranya seseorang itu menjadi alah kepada lebih daripada satu agen kerana sebagaimana yang diketahui terdapat banyak agen yang terkandung di dalam persekitaran termasuk dalam makanan.

Rawatan perubatan yang digunakan dalam menangani masalah alahan ini lebih tertumpu kepada mengurangkan atau menghalang kesan-kesan tindak balas immunologi yang telah berlaku.

Dalam kes yang serius, tahap keupayaan pendedahan seseorang dapat dipertingkatkan dengan mendedahkan pesakit kepada agen-agen secara terapeutik.

Namun rawatan secara terapi-immuno ini bukanlah menjadi kemestian bagi setiap individu yang mengalami alahan.

Sekiranya seseorang itu mengalami gejala alahan yang ringan dan boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubat tertentu, rawatan secara terapi-immuno ini tidak dicadangkan.

Sebaliknya mereka yang mengalami gejala alahan yang teruk dan sukar dikawal, rawatan sebegini mungkin boleh dipertimbangkan.

Antihistamin

Selain daripada rawatan terapi-immuno, antihistamin adalah antara ubat berkesan untuk merawat dan melegakan gejala-gejala alahan ini. Ia merupakan agen-agen kimia yang bertindak dalam badan dengan menghalang tindakan histamin ke atas tapak-tapak reseptor. Dengan itu kesan yang mungkin disebabkan oleh tindakan histamin akan dapat dikurangkan.

Beberapa contoh ubat antihistamin ialah:

1. difenhidramin,
2. klorofeniramin,
3. bromfeniramin,
4. prometazin dan doksilamin.

Ubat-ubatan ini sering dicadangkan untuk digunakan dalam kes-kes

1. alahan,
2. selsema,
3. batuk dan
4. asma.

Walaupun antihistamin tidak dapat menghalang selsema secara khusus, ia banyak digunakan dalam persediaan ubat selsema kerana keupayaannya mengurangkan aliran mukus. Ini akan dapat melegakan hidung berair.

Beberapa kesan sampingan seperti tekanan terhadap sistem saraf pusat dan mengantuk, mungkin mendatangkan masalah apa lagi sekiranya ubat-ubat ini diambil melebihi dos yang dicadangkan. Bagaimanapun terdapat beberapa sediaan antihistamin yang mempunyai kurang kesan mengantuk.

Ubat-ubat antihistamin juga boleh menyebabkan

1. mulut terasa kering,
2. gangguan penglihatan dan
3. sembelit jika diambil pada dos yang tinggi.

Amnya, antihistamin mempunyai terapeutik indeks yang tinggi dan kesan sampingan jarang berlaku pada orang dewasa. Sebahagian pakar perubatan mendapati berlaku toleransi terhadap penggunaan antihistamin. Namun pesakit boleh bertukar kepada ubat antihistamin yang lain.

Pada dos yang dicadangkan, ubat-ubat yang mengandungi antihistamin adalah selamat untuk kanak-kanak. Kesan toksik ubat antihistamin pada kanak-kanak yang disebabkan oleh dos yang berlebihan adalah

1. rasa gembira,
2. pergerakan yang tidak teratur,
3. kejang otot,
4. sawan dengan pembesaran anak mata dan
5. merah kulit.

Pada masa yang sama kesan pengambilan alkohol dan ubat-ubata penindas sistem saraf pusat yang lain akan ditingkatkan oleh histamin. Oleh itu, sekiranya pengambilan ubat-ubat ini perlu diberikan secara serentak, perhatian harus diberikan terhadap kesan mengantuk yang berlebihan. Perkara ini adalah penting bagi mereka yang perlu memberi daya tumpuan yang tinggi dalam kerja seharian.

Terdapat juga ubat yang mengandungi antihistamin dan dekongestan. Penggunaan dekongestan dikatakan dapat melegakan halangan yang berlaku di kawasan nasal atau hidung. Pemberian agen ini boleh dilakukan secara oral ataupun lokal.

Beberapa ubat yang bertindak sebagai agen dekongestan ialah

1. efedrin,
2. fenilefrin dan
3. fenilpropanolamin.

Ubat-ubat seperti natrium kromolin dan kortikosteroid sering juga digunakan untuk merawat kejadian alahan. Tetapi, penggunaannya perlu mendapat pengawasan dan nasihat yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan!!!

Terdapat banyak produk di pasaran yang digunakan untuk merawat gejala yang timbul yang disebabkan oleh batuk, selsema dan alahan. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan masyarakat mengamalkan kaedah swapengubatan untuk merawat penyakit yang mereka alami.

Walaupun terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dikendalikan oleh pengguna sendiri, pengguna dinasihatkan agar mendapat maklumat yang betul sebelum menggunakan sesuatu ubat!

Kesihatan - Removing Gallstones from our Body

Do you have friends/relatives with gall stones, worth a try ? I find the olive oil with lemon juice quite grouse.

Removing Gallstones Naturally by Dr. Lai Chiu Nan

BACKGROUND:

Gallstones may not be everyone's concern. But they should be because we all have them. Moreover, gallstones may lead to cancer.

Cancer is never the first illness, Dr Chiu Nan points out. "Usually, there are a lot of other problems leading up to cancer. In my cancer research in China, I came across some material which says that people with cancer usually have gallstones. We all have gallstones, it's a matter of big or small, many or few. One of the symptoms of gallstones is feeling of bloatedness after heavy meal. You feel like you can't digest the food. if it gets more serious, you feel pain in the liver area."

So, if you think you have gallstones, Dr Chiu Nan offers the following method to remove them naturally. The treatment is also good for those with a weak liver, because the liver and gallbladder are closely linked.

Recommended PRACTICE:

For the 1(superscript: st) 5 days, take 4 glasses of apple juice everyday or eat 4 or 5 apples, whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the 5 days, EAT NORMALLY.

On the 6(superscript: th) day, take no dinner. At 6 pm, take a teaspoon of Epson Salt (magnesium sulphate) with a glass of warm water. At 8 pm, repeat the same. Magnesium Sulphate opens the gallbladder ducts. [Tip: Epson salt may be purchased at any pharmacy]

At 10 pm, take ½ cup olive (or sesame) oil with ½ cup fresh lemon juice. Mix it well and drink it. The oil lubricated the stones to ease their passage.

[Tip: Drink slowly for better result, avoid food after 2 pm or expect more output the next day :-)]

The next morning, you will find green stones in your stools. Usually they float.

Dr Chiu Nan's NOTE: "You might want to count them. I have people who passes 40, 50 or up to 100 stones".

[The first purge will be solely your normal output, the green stones will only come out after that". Per those have practised, the stones look like crystal or jade", try to arrange in such timing that the last day is a rest day at home, reason being.... you know .]

"Even if you don't have any symptoms of gallstones, you still might have some. It's always good to give your gallbladder a clean up now and then. You'll find that your digestion is much better afterwards."

[Recommended period: Do it Once a year]

Enjoy practising!

Kesihatan - RAHSIA ROTI CANAI

Assalamua'laikum.... Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.

Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.

Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.

Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.

Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.

Kesihatan - Tips utk jadi org cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah

These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in the seminar... sorry, there are more but i can't fathom all!

Tatacara makan & minum

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Kesihatan - Scientist claims secret of perfect way to urinate

An Australian scientist claims he's discovered the perfect way to urinate - and it involves both men and women sitting.

Professor Ajay Rane says people should sit on the toilet with their hands on their knees, leaning forward.

The James Cook University professor has spent years trying to help people who suffer from a weak bladder.

He said: "It involves basically advising women - and men, in fact - to sit on the toilet with their feet flat on the ground, elbows on their knees, and leaning forward as if they're reading a newspaper on the floor.

"This improves both bladder and bowel function."

News. com quotes him as saying if a person "hovers", they empty only one third of their bladder.

He says he's also conducting a study to find out whether a toilet with a seat or the third-world squat toilet works best.

He said: "If the jury comes back saying the hole in the ground is the best way to go, I think some serious decisions will have to be made all over the developed world."

Story filed: 21:29 Friday 9th August 2002

Kesihatan - Tips Kesihatan Dan Kecantikkan Untuk Wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

"Wanita... sumber ilham selalu.."

Kesihatan - Tips after having your meals....

I used to think that moving about after meal will help in digesting. But this is not true. Recently I read in a report, content was it's not wise to take a stroll after a meal. After reading I was shock, as I always thought that it help to digest the food taken.

Below are 7 DON'Ts after meal:

* Don't smoke - Experiment from expert prove that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer higher).

* Don't eat fruit immediately - Immediately eat fruit after meal will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.

* Don't drink tea - Because tea leaves contains a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be harden thus difficult to digest.

* Don't loosen your belt - Loosen belt after meal will easily caused the intestine to be twisted & block.

* Don't bath - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

* Don't walk about - People always say that after meal walk a hundred step will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake.

* Don't sleep immediately - The food we intake were unable to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

Kesihatan - Petua untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan

Di sini diceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain. Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi.

Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.

Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan.

Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor.

Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi. Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah. Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat.

Secara ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain.

Selain itu solat jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba....