Tips Mengurus Kewangan

money

Merancang dan menguruskan kewangan merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan hidup, terutama kepada yang sudah berkerja. Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, maka ia akan membawa masalah kepada diri kita sendiri. Aku sendiri sebenarnya seorang yang bermasalah dalam membelanjakan duit. Aku bukan jenis yang bershoping mengusha pakaian baru setiap bulan. Makan tengah hari juga dibawa dari rumah setiap hari. Gajiku setiap bulan diguna sebaiknya untuk membayar ansuran kereta dan bayaran balik PTPTN, serta sedikit disumbang untuk belanja dapur dan bayaran balik dana FAMA. Tapi kerana merasakan aku kurang berbelanja, membuatkan aku kadang kala menjadi seorang yang ‘kurang berfikir’ ketika berbelanja. Sedar-sedar, target perbelanjaan sudah haru biru.

Dengan ini, aku ingin kongsikan sedikit tips merancang atau menguruskan kewangan. Sebenarnya aku tulis ini sebagai reminder untuk diri sendiri, harap bermanfaat bila dikongsi bersama. Tips ini lebih menjurus kepada golongan yang mula berkerja yang bergaji cukup makan seperti aku ni…

  • Seorang kawanku pernah berkata, rules of thumb dalam menguruskan kewangan ialah sepertiga digunakan untuk membayar ansuran balik/hutang (ansuran kereta, rumah, pinjaman pendidikan); sepertiga disimpan; dan sepertiga lagi untuk perbelanjaan (belanja dapur, petrol, shopping).
  • Sebaiknya buat standing instructions bagi bayaran kereta, pinjaman pendidikan, bil dan lain-lain; dibayar pada awal bulan (iaitu beberapa hari selepas gaji masuk)
  • Buka akaun berasingan untuk menyimpan dana simpanan anda. Anda perlu menetapkan berapa yang perlu disimpan di akaun khas ini setiap bulan dan ianya seharusnya tidak boleh ‘dikacau’ kecuali keadaan yang teramat mendesak dan dikeluarkan pada peratusan/jumlah tertentu sahaja. Simpanan tidak semestinya pada nilai yang tinggi, RM50 atau RM100 sebulan sudah memadai bergantung kepada pendapatan anda. Simpanan untuk pembayaran insuran tahunan kereta juga mungkin boleh disimpan di sini.
  • Membuat / membuka akaun pelaburan untuk simpanan jangka masa panjang disamping menambah sedikit pendapatan. Contoh pelaburan yang boleh dibuat ialah membuka akaun simpanan pelaburan; membeli amanah saham atau unit trust; membuka akaun deposit tetap (fixed deposit) dan lain-lain.
  • Sebaiknya jangan berhutang bila inginkan sesuatu yang mahal seperti perabot rumah atau peralatan elektrik dapur, tetapi sebaiknya berusaha mengumpul dana untuk membeli barangan yang diinginkan secara tunai.
  • Buat perancangan pembahagian perbelanjaan anda. Peruntukan untuk membayar bil dan sebagainya seharusnya tidak dicampur dengan wang perbelanjaan bulanan. Ingat untuk peruntukan tambahan berulang seperti servis kereta pada bulan-bulan tertentu.
  • Anda perlu tahu bahawa semakin lama tempoh bayaran balik hutang, maka semakin tinggi juga bayaran faedah yang perlu anda bayar. Maka sebaiknya apabila memulakan sesuatu pinjaman, ambil tempoh bayaran balik yang lebih singkat mengikut kemampuan anda. Sebagai contoh mengambil pinjaman pembelian kereta dengan tempoh bayaran balik selama 7 tahun berbanding 9 tahun sebenarnya telah menjimatkan kira-kira RM3000 bayaran tambahan (faedah).
  • Alternatif kepada kad kredit ialah kad debit. Setakat ini Maybank ada menyediakan kad ATM yang berfungsi sebagai kad debit serta Visa. Ini satu pilihan yang baik jika dibanding dengan pengunaan kad kredit lain kerana pada hakikatnya anda tidak berhutang dan juga tidak akan dikenakan caj untuk pengunaan kad tersebut.
  • Bagi lepasan graduan yang baru mula berkerja dan mempunyai pinjaman pendidikan, seeloknya tetapkan untuk terus membayar balik pinjaman tersebut. PTPTN contohnya ada menyediakan skim pembayaran secara progresif di mana pada awal kerjaya, kadar bayaran adalah lebih rendah. Jika anda mengikuti jadual pembayaran atau membayar lebih banyak dari jumlah ditetapkan, maka anda akan selamat dari kadar faedah tambahan dan hutang anda akan langsai dengan lebih cepat juga.
  • Jangan takut untuk mengambil insuran atau takaful kerana ia perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga. Namun pastikan anda memahami setiap pakej yang diambil dan memenuhi keperluan anda. Kebiasaannya pakej insurans perubatan/hayat menyediakan kad perubatan (medic card) yang akan menanggung perbelanjaan perubatan/hospital sepenuhnya. Terdapat juga skim insurans yang tidak meliputi kad perubatan tetapi berupa bayaran balik selepas suatu tempoh (seolah-olah anda menyimpan EPF).
  • Pada masa kini, aset tetap seperti rumah dan kereta lebih bermanfaat untuk dimiliki. Jika anda mempunyai lebihan pendapatan, membeli aset tetap seperti ini adalah lebih baik dari sekadar menambah perabot dan kain baju anda.
  • Tahukah anda bahawa pembelian buku-buku, tidak kira novel atau bacaan ilmiah, anda boleh mendapat pengecualian cukai bagi perbelanjaan tersebut? Maka simpanlah resit pembelian buku-buku anda.
  • Last but not least, jangan kedekut untuk bersedekah atau beramal. Ingatlah 1 kebaikan yang kita lakukan, Allah akan membalas 10 kali ganda.


Sumber

No comments: