Oleh Mr. A to EM
Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.
Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.
Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.
Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.
Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.
Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.
Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:
I. I. Frigiditi Semu.
Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.
Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.
Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.
Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s. a. w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.
II. II. Frigiditi Sepintas Lalu.
Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya. Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.
III. III. Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.
IV. IV. Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.
Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.
Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.
Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:
- Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.
- Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.
- Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
- Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
- Perasaan benci terhadap suami.
- Tanggapan negatif mengenai seks.
Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks, semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.
No comments:
Post a Comment