EREKSI adalah semula jadi bagi semua lelaki. Apabila lelaki dapat mengawal tahap kepadatan ereksi dan rangsangan sentuhan yang dialami penghujung ereksi, maka dia dapat mengawal ejakulasi.
Lelaki yang pernah mengamalkan onani secara mengawal rangsangan dan sengaja melengah-lengahkan ejakulasi dapat mengawal ejakulasi apabila dia berdampingan dengan pasangan.
Sebaliknya bagi lelaki yang mengamalkan onani secara membuta tuli, iaitu merangsang zakar dan cepat memancutkan air mani, dia bakal mengalami cepat klimaks apabila bersetubuh dengan pasangannya.
Minum ais atau makan makanan ‘sejuk’ seperti tembikai tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada ereksi dan kemampuan atau daya tahan ejakulasi.
Baru-baru ini, saya mencipta sejenis getah penambat pangkal zakar yang boleh dipasang pada pangkal zakar ketika ereksi. Getah penambat itu bakal memberi rasa kurang selesa kepada kulit pangkal zakar dan secara langsung mengurangkan rangsangan mental akibat persetubuhan.
Selagi rasa kurang selesa itu masih diterima minda, selagi itu lelaki dapat mengawal ejakulasi. Apabila minda tidak lagi memberi tumpuan kepada perasaan negatif itu, sebaliknya memikirkan rangsangan positif yang berlaku pada hujung zakar, maka ejakulasi tercetus.
Dengan adanya getah penambat itu, ereksi masih kekal walaupun tahapnya kurang sedikit tetapi masih boleh bergerak dan memberi kepuasan kepada pasangan.
Ada pelbagai jenis getah penambat berkenaan dijual di pasaran dan harganya tidak lebih daripada RM20 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www. drismailtambi. com
Terlalu cepat klimaks
SEBAHAGIAN besar lelaki yang melakukan hubungan seks mendapati mereka mudah sangat klimaks walaupun belum cukup bersedia. Ini membuatkan mereka cemas dan tertekan terutama jika isteri mereka mula bersuara mengenai ketidakpuasan yang berlaku kepada hubungan itu. Bagi isteri, apabila suami klimaks ia bermakna suami sudah puas. Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa suami masing-masing sebenarnya turut belum cukup puas dengan hubungan seks yang dilakukan itu.
Lelaki yang masih bertenaga dan mahu mencuba bersetubuh kali kedua akan mendapati mereka dapat mengawal ereksi dengan lebih lama serta lebih puas. Bagaimanapun, tidak ramai lelaki yang sanggup menunggu untuk mencapai ereksi kedua. Masalah cepat klimaks sudah banyak kali dibicarakan. Masalah utamanya ialah kerana daya kawalan ejakulasi tidak kukuh. Jika lelaki yang mengalami masalah ini dapat mengawal ereksi ke tahap yang padat dan ejakulasi akan berlaku tepat pada masanya.
Jika tidak, anda boleh menggunakan getah penambat yang diikat pada pada pangkal zakar. Dalam keadaan sebegitu zakar dengan ereksi padat tidak mudah tewas kerana keadaan sedikit kurang selesa itu dapat mencegah klimaks sehingga lelaki itu sendiri mahukannya. Selain itu, kaedah mengemut boleh dipraktikkan dengan menggerakkan zakar di dalam faraj dalam keadaan kemut (seperti menahan membuang air kecil atau besar).
Krim pengebas juga boleh disapu pada hujung zakar yang begitu sensitif. Bagaimanapun, hanya 30 peratus saja yang berjaya dengan kaedah ini. Anda juga boleh menggunakan ubat melambatkan klimaks seperti Sertralin (Zoloft) atau ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra dan Cialis (tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu). Ia tidak melewatkan ejakulasi tetapi dapat membantu mencapai ereksi kedua dalam masa yang singkat.
Selain berusaha memanjangkan masa intimasi, sentuhan dan belaian dapat membatu melegakan tekanan kepada kedua-dua pihak. Jika masih buntu juga, segeralah berjumpa doktor.
No comments:
Post a Comment